dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Piasau, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas Photopea Untuk Pelajar Sekolah

15 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 April yang lalu, Pusat Internet Piasau Utara telah mengadakan sesi latihan ICT pertama, iaitu Kelas Asas Photopea untuk tahun 2019. Tujuan utama program ini dijalankan ialah untuk menarik para pelajar untuk mempelajari dunia ‘grafik editing’ sekaligus melahirkan bakat artistik mereka. Pengenalan kepada perisian online Photopea adalah permulaan bagi para pelajar untuk memahami Adobe Photoshop yang sukar untuk difahami jikalau pertama kali menggunakannya. Oleh kerana perisian Photopea adalah seakan-akan Adobe Photoshop, maka para pelajar mampu untuk mempelajari asas ‘grafik editing’ dengan cara yang lebih mudah.

Program ini dilaksanakan pada dua sesi iaitu Sesi Pagi (10 AM – 1 PM), dan Sesi Petang (2 PM – 5 PM), dan seramai 11 orang pelajar yang hadir bagi kedua-dua sesi tersebut. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara Pusat Internet serta anak-anak komuniti setempat, dan seterusnya menjadikan para pelajar celik IT melalui latihan-latihan ICT yang disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.